1. Apabila sedang marah maka hendaklah
membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada
hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada
dorongan syaitan.Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah se orang
di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka
marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).
2. Berusahalah untuk diam atau tidak
banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat
Ahmad).
3. Jika sedang marah dalam keadaan
berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu
ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang
di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam
keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).
4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk,
dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang
boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.Sebagaimana sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan
syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan
air. Oleh kerana itu, apabila se orang di antaramu marah maka
berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf).
No comments:
Post a Comment